1st day in first job experience. [gonna keep it in mind 4eva!]




MUKADIMAH = Testingtesting 1,2,3. As you readers notice, this is my first post. I am new in this blogging business but I want to learn and I hope my first born post won’t make you all bored to death. {trans = Cubaancubaan 1,2,3. Macam yang kau orang nampak, inilah nukilan aku yang pertama. Aku baru lagi dalam perniagaan blogging ini tetapi aku ingin belajar dan aku harap nukilan aku yang baru lahir ini tidak akan membuatkan kau orang bosan hendak mati}*peace*

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha pemurah, aku, Nadilah Hisham akan menceritakan peristiwa tentang pekerjaan pertama aku sebagai penjual tiket di Badminton Johor Open Championship. [sorry eh korg, ayat aku dalam blogging business ni mmg akan terlalu amt sgt poyo, kalau x tahan sgt, korg drop arh kumment n bg taw aku, aku akn improve, no biggie, anything ntuk korg, No sweat lah! Xp]



Pada 11/11/08, 01.lebih pagi, aku tengah sedap-sedap online tiba-tiba papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta, kereta kecil warna merah, bolehku bawa ke sekolah [alamak! termerepek sekejap, sebenarnya papa baru pulang dari kerja kerana ingin menyiapkan tugas-tugasnya yang terakhir untuk tournament badminton yang akan dijalankan pada keesokan paginya]. Aku agak terkejut kerana aku dikirakan online secara sembunyi-sembunyi kerana jika tidak aku akan dimarah oleh beliau yang agak kecoh bila bab-bab penggunaan barang yang bertemakan duit ini [maaf papa ;)]. Seperti biasa, papa bebel, tetapi untuk kali ini sekejap sahaja kerana beliau ada maklumat lain yang ingin disampaikan rupanya. Alhamdulillah. Huhu. Beliau memberitahu aku supaya mencari seorang rakan yang boleh meneman aku ketika menjadi penjual tiket.

Aku amat teruja kerana telah berkali-kali aku meminta papa untuk mencarikan aku satu kerja untuk mengisi masa lapang dan mencari pengalaman di suasana ‘kemerdekaan’. Ketika itu, aku yang tengah berym dengan norina haziqah anak pak mail cepat-cepat memberitahu dia tentang berita hangat ini. At that time, aku berharap sangat dia boleh pergi, yalahkan katanya kawan, ajaklah. Tetapi malangnya dia mempunyai agenda lain. Selepas aku mengofflinekan diri, aku menelefon rakan-rakan aku yang lain, tetapi sayang, seorang pun tidak boleh pergi. the main factor is their mom wouldn’t let them go. How sad. We are talking about money here. Can’t anybody see that? Duitduitduitduitduitduit dan duit!

Selepas kesemua kekecewaan itu, aku pun tidur kerana esok perlu masuk kerja pukul 10.00 pagi [walau aku agak kecewa. Aku tetap dalam mood yang tinggi kerana aku akan bekerja untuk pertama kali dalam hidup keesokan pagi, YAHOO!]



Pada 11/11/08, 09.03 pagi, aku dikejutkan oleh bunyi deringan telefon rumah yang amat kuat, boleh mengalahkan bunyi bebelan mama aku [sebab bila mama bebel, lagi nyenyak aku tidur. zzzz~ hehe]. Aku buka mata dengan malas tetapi apabila terpandangkan jam dinding yang memperlihatkan waktu 09.03 ketika itu, aku terus lompat dan berjalan laju ke arah telefon yang terletak di ruang tamu rumahku [teratak aku tidak besar mana pun, hayun satu kaki pun dah boleh sampai dekat telefon]. Aku angkat telefon dan suara papa yang beralun di sebelah sana, “Assalamualaikum. Awak dah bangun belum dik? Dalam pukul 10 papa sampai. Nanti terus tunggu kat depan pondok jaga” papa berkata. [sebenarnya banyak apa yang papa cakap. Tapi aku dah tidak ingat,] Aku jawab ala kadar sahaja kerana mata aku masih terkatup separuh.

Apabila gagang telefon diletak, aku teringatkan seorang sahabat aku yang sering mengajak aku keluar masa cuti ini tetapi aku sering menolak kerana faktor kepenatan, transport, etc. Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Haziqah binti Rosazanam. Beliau juga merupakan sahabat rapat sejak aku berumur 4 tahun. Tanpa melengahkan masa yang semakin suntuk, aku menekan nombor telefon beliau dan menunggu beliau menjawab dengan hati yang sarat dengan harapan. Selepas beliau mengangkat dan menjawab salamku, aku terus berkata “wehh ziqah, kau nak kerja tak? Jomlah. Kerja dekat stadium tertutup, jadi tukang kutip tiket macam tu lah. Ada gaji tau. Dari hari ni sampai 14/11. kol 10 pagi da kena ada kat sana.” Dengan pantas dia berkata “naknak. Jap. Aku tanya bapak aku. Tapi aku rasa boleh.” Tuhan sahajalah tahu perasaan aku ketika itu. Amat-amat gembira tidak terkata. Tetapi aku tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana takut dikecewakan lagi sepeti malam tadi.

Aku menonton televisyen sambil menunggu jawapan dari beliau. 10 minit telah berlalu, hati aku sudah gusar. [alamak, bapak dia mesti tak bagi ni] Aku gagahkan jua badanku untuk menghampiri telefon dan mendail nombor telefonnya. Sekali lagi selepas menjawab salamku, dia berkata yang bapaknya memberi keizinannya untuk mengikuti aku [yessssss! aku amat suka tidak terkata, dia tidak mengecewakan aku, kaulah sahabat aku dunia dan akhirat, kawan]. Aku terus tersenyum lebar dan pergi ke tandas untuk gosok gigi, cuci muka dan mandi ala kadar [huhu, sudah tidak sempat sangatlah kawankawan, masa amat suntuk untuk mandi gilagila]. Selepas pengambilan sarapan yang sederhana, aku menonton televisyen sambil menunggu ketibaan papaku.
Dipendekkan cerita, aku sudah pun tiba di Stadium Tertutup Johor Bahru. Aku masuk ke dalam bilik urusetia dan aku ternampak dua orang gadis sedang mengecop yang aku rasa ialah tiket untuk dijual nanti. Aku senyum ke arah mereka dan mereka membalas senyum aku [nasib baik, kalau dia orang tak balas, aku karate chop karang, tidak kisahlah dia orang lagi tua dari aku ke apa, haha]. Apabila haziqah sampai, aku rasa lega kerana sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan dalam dunia yang serba baru ini.

Kami duduk di sebelah kakak-kakak tadi dan menunggu uncle yusuf a.k.a penyelia kami. Dia datang dengan sebuah peti besi, di dalamnya mempunyai buku-buku tiket yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk menjualnya. Kemudian, dia mengarahkan kami berempat [aku,haziqah dan kakak berdua tadi] untuk mengikutnya duduk di kaunter jualan kami. Di situ, dia menerangkan kepada kami tentang proses-proses penjualan ini yang akan dilalui oleh kami nanti. Kami hanya menganggukkan kepala tanda faham. Duit modal sebanyak RM100 dalam bentuk RM1, RM5, RM10 telah diagihkan kepada kami. Aku dan haziqah berkongsi satu peti besi yang besar manakala dua kakak tadi mempunyai sebuah peti besi masing-masing yang bersaiz lebih kecil. Setelah uncle yusuf beredar, bermulalah pekerjaan aku sebagai PENJUAL TIKET!

Pelanggan aku yang pertama merupakan pelancong-pelancong daripada Jepun. Walau aku agak pelik mengapakah mereka ingin menonton perlawanan badminton yang hanya dihadiri oleh pemain-pemain Malaysia, aku tetap senyum dan melayan mereka sepenuh jiwa dan raga. Ketika itu dapat jugalah aku testdrive english aku yang agak berkarat kerana sudah lama meninggalkan alam sekolah semenjak memasuki alam cuti ini. Baru aku perasan bahawa bahasa inggeris aku tidaklah seteruk mana, yalahkan, pelancong-pelancong itu boleh juga faham. Selepas aku dan pelancong-pelancong itu saling berbalas terima kasih dan arigatou, aku dapat rasakan yang aku akan sukakan pekerjaan ini!

Pada 11/11/08, 06.00 petang, uncle yusuf menyuruh kami menutup kaunter dan dia memberikan kami rehat sampai pukul 07.30 malam. Dengan gembira aku melaksanakan perintahnya yang satu itu [akhirnya! penat juga duduk, senyum kepada pelanggan, dan berbual untuk 7 jam, tapi ada juga rehat sekejapsekejap, untuk ke tandas dan sembahyang]. Aku dan haziqah pergi mencari papa dan minta pendapatnya tentang dimanakah aktiviti lepak kami boleh dijalankan. Papa mengeshorkan untuk pergi ke Kotaraya menaiki mama yang baru pulang dari kerja di pasir gudang [kasihan mama, penat tapi masih melayan anaknya yang comel ini, Xp]. Setibanya di sana, kami makan di Singgah Selalu yang sememangnya sentiasa di singgah selalu oleh keluarga aku. Selepas makan, kami bersembahyang di masjid An-Nur. Kemudian kami pulang semula ke stadium tetapi tanpa mama. Mama tidak mahu menonton Qualifiying Round yang bagi aku agak membosankan kerana pemain-pemain tidak berapa terkenal. Katanya penat [tidak mengapa mama, anakmu faham, thanks for working hard to feed us (Habel,Halil,Nabilah,Nadilah) and giving us the time of our life since we are in your belly until now, you are the most awesome mother in the world!]

Pada 11/11/08, lebih kurang pukul 08.30, mission aku dan haziqah ialah mengambil gambar dengan pemain-pemain ternama [alangalang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan bukan?]. Semasa aku jaga di kaunter, aku ternampak Lee Chong Wei. Terus aku mengajak haziqah untuk mengejar beliau. Aku pergi ke arah papa dan meminta tolong supaya aku dapat bergambar dengan Chong Wei. Tanpa banyak soal, papa pergi ke arah pemain badminton perseorangan lelaki nombor 1 di dunia itu dan meminta izin untuk aku bergambar dengan beliau [dia pon dah kenal dengan papa, jadi tiada masalah sangat]. Ketika itu beliau sedang bercakap di dalam telefon. Aku diselubungi dengan rasa bersalah tetapi mission is a mission and it has to go on no matter what! *click* Dengan bunyi itu dan diiringi ucapan terima kasih, aku berjaya in the first mission with flying colours [yessss!].




aku mengacau LCW warm-up

lawan LCW di hentam. haha!


Sekembali kami ke kaunter dan lihat tiada pelanggan, kami sekali lagi bangun dari kaunter dan mengambil keputusan untuk menonton match yang sedang berlangsung antara Chong Wei dengan seorang yang aku tidak berapa kenal. Kami membiarkan kakak-kakak itu menjaga sebentar [kami da minta izin ok]. Pakcik Amil a.k.a urusetia dekat situ [kami agak kamceng ngan dia ini, layan kepala dia agak best, dia suka sakat aku n haziqah], dia mencabar aku dan haziqah untuk bergambar dengan Rashid Sidek. Aku yang agak pantang dicabar, menyahut cabaran itu. Kami berlari-lari anak ke arah pintu masuk stadium yang dikhaskan untuk pemain dan jurulatih sahaja.

Tiba-tiba, aku ternampak seseorang yang aku agak kenal. Untuk kepastian, aku membaca nama yang tercatat di bajunya dan memang tidak syak lagi, beliaulah orang yang aku cari-cari selama ini. Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari. Nama itu sahaja boleh membuatkan badan aku lemah apatah lagi ketika berdiri di sebelahnya, aku terasa agak sukar untuk bernafas. Tanpa melengahkan masa, dengan confidentnya aku berkata, “abang, nak ambil gambar boleh?” Beliau pusing dan berkata, “bolehboleh” [argh! aku sudah mahu lompat katak satujutakali, Tuhan je lah tahu perasaan aku saat itu, macam nak gugur jantung pon ada, tp aku buat muka blur, hehe, kene lah cover line babe, jatuh air muka kalau dia nampak aku excited terlebih].

Haziqah a.k.a cameraman bidan terjun aku sudah bersedia mahu mengambil gambar tetapi aku dikejutkan dengan satu suara yang mengatakan “haaa. Da jumpa pon kan” Rupa-rupanya, suara itu milik Mohd Zakry Abdul Latif. Beliau juga berada di sini sekali? Wahhh! Ini sudah cukup cantik [in case korang tak tahu, pagi tu actually aku da bergamba ngan Zakry seorang, kerana dia ada mix double ngan adiknya sendiri dan itu tidak melibatkan Fairuzizuan, jadi, sebab tu si Zakry cakap macam tu, sebab aku tnya about Fairuz kat dia pg td, huhu]. Fairuz mengajak Zakry untuk bergambar sama, tetapi beliau menolak dengan alasan yang aku sudah ambil dengan dia sebelum ini. Aku dengan muka seposen mengajak sekali lagi kerana ingin bergambar dengan mereka berdua bersama-sama. Beliau pon mengalah dan mengambil tempat di sebelah kanan aku manakala Fairuz di sebelah kiriku [sekarang, aku berada betul2 di tengah2 jejakajejaka malaya, ahhhh! sungguh hebat! they are soooo nice and sweet. Aura mereka tidak boleh dipertikaikan. Itu sudah semestinya]. selepas ambil gambar, aku berkata thanks dan I wish them good luck for the match afterwards. Mereka gelak dan cakap “ok”. The most looking forward mission accomplished! I’m so happy and I can’t picture it through words. [opps!] but guess what guys, our mission of finding Rashid Sidek is burnt to ashes. We fail terribly. Oh well. Life must go on.





sebelum mereka doing their thing


mereka di smash!





PETUNJUK
warna oren = bahasa pasar/perkataan yang merepek
warna violet = bahasa inggeris
warna purple = nama orang
trans = translation/makna
[---] = kata-kata hati aku

Comments

  1. ur ayat are very2 gramatis,,
    but some are a little bit skema,,
    but so far 0k lar,,
    i like it,,
    i give u a 90%,,
    & 4 very2 big stars,,

    psl tadi ue aq bknnye
    x nk mcg ko,,
    aq ngah btowlkn pc lme,,
    hehe,,
    don't mrajuk lar babe,,
    k lar,,
    gtg,,
    dada,,

    ~zieqawholurveallahfamilyfwennsom1~

    ReplyDelete
  2. huhu,,
    kumment yang agak membangunkan,,
    thanx my dearest fren!
    setuju ke yang caracara penulisan mcm ini diteruskan?
    =D

    ReplyDelete
  3. haha!
    tiada makna disebalik komen ini ke Adie-kun?
    jika tiada.
    hebat!
    ;)
    thanks2.
    appreciated~

    ReplyDelete
  4. best glerr! nak pergi!!

    ReplyDelete
  5. haha!
    i knoe babe.
    nanti kalau ada lagi, insyallah akan ku ajak.
    ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave the message after the beep.

Popular posts from this blog

First Date

Gila Meroyan

CAMPING