1 Muharram. papa nangis? isk. isk.


1 Muharram. Detik permulaan bagi aku untuk menempuh satu lagi tahun di bumi Allah ini jika dipanjangkan umur. Pada tahun ini, aku menyambut tahun baru (mengikut tahun islam) di KL. Agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Selalunya aku akan menyambutnya di rumah sahaja.


Beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib, kami (papa,mama dan aku) membaca doa penutup tahun bagi tahun 1429 Hijrah. Doanya kebanyakannya meminta supaya Allah memberkati perbuatan-perbuatan kami yang lalu dan mengampunkan segala dosa kami. Apabila mengenangkan dosa-dosa aku, memang menggunung tinggi. Aku sebagai manusia memang tidak akan lari dari membuat dosa. Jadi, aku harap untuk tahun yang baru ini aku dapat membaiki kelemahan-kelemahan ini. Aminn.


Setelah berkumandangnya azan Maghrib di RTM 1 dan mengaminkan doa pembuka tahun bagi tahun 1430 Hijrah yang dibaca oleh Imam Masjid Negara, papa pula membaca doa versinya. Habis sahaja papa melafazkan ayat yang terakhir, papa aku menangis tersedu-sedu. Sayu hati anakmu ini melihatmu sedih, pa. Aku yang sedang berteleku di sejadah terasa ingin menitikkan air mata tetapi tetapku gagahkan diri untuk meminta ampun darinya sambil mengucup tangannya yang suda dimamah usia. Dia yang masih tersedu mengusap kepala aku dengan kasih sayang. Ah! Sungguh seronok apabila aku diperlakukan begitu. Tidak kau tahu betapa jiwa ini menyayangi dirimu. Kemudian aku mengucup tangan mama. Terima kasih mama untuk segalanya. Keputusan Penilaian Menengah Rendah pun sudah mahu keluar. Aku harap aku tidak menghampakan harapan kamu berdua.




I start this new year with kalimah Lailahailllah.

boleh tolong aku enggak?

Kepada siapa-siapa yang ada web untuk template blogspot yang cantik tolong bagi tahu aku dengan cara komen ok. Tolong sangat. Sudah mencari merata tempat tetapi tidak jumpa.

mood = sengsara!

kekeringan idea

Memang aku kekeringan idea untuk hari-hari selepas post yang pertama. Ini semua disebabkan pembekuan otak yang berlaku pada setiap waktu cuti sebegini. Tetapi aku tetap ingin mengepost something for today. Ini semua disebabkan aku suka NOMBOR 6. Hari ini 06/12/08, jadi, wajiblah aku tulis apa-apa yang patut dekat sini.




Memandangkan tiada apa yang amat special untuk aku memberitahu kau orang di sini, aku just mahu post lirik lagu yang aku suka buat waktu ini.



Limp Bizkit – Behind Blue Eyes


No one knows what it's like

To be the bad man

To be the sad man

Behind blue eyes

And no one knows

What it's like to be hated

To be fated to telling only lies


But my dreams they aren't as empty

As my conscience seems to be

I have hours, only lonely

My love is vengeance

That's never free


No one knows what its like

To feel these feelings

Like i do, and i blame you!

No one bites back as hard

On their anger

None of my pain and woe

Can show through


Discover l.i.m.p. say it [x4]

No one knows what its like

To be mistreated, to be defeated

Behind blue eyes

No one knows how to say

That they're sorry and don't worry

I'm not telling lies


No one knows what its like

To be the bad man, to be the sad man

Behind blue eyes.




Lagu ini bermakna kerana ia membuatkan perasaan aku terapung di udara, kerana seperti yang tercatat di atas No one knows what it's like, To be the bad man, To be the sad man. Macam itulah aku rasa bila aku down with sorrow. Semua orang boleh menyatakan yang mereka tahu bagaimana perasaan kita bila kita sedih tetapi pada hakikatnya semua itu dusta yang teramat. Mereka tidak berada di tempat kita, so how should they know how we feel right?