1 Muharram. papa nangis? isk. isk.


1 Muharram. Detik permulaan bagi aku untuk menempuh satu lagi tahun di bumi Allah ini jika dipanjangkan umur. Pada tahun ini, aku menyambut tahun baru (mengikut tahun islam) di KL. Agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Selalunya aku akan menyambutnya di rumah sahaja.


Beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib, kami (papa,mama dan aku) membaca doa penutup tahun bagi tahun 1429 Hijrah. Doanya kebanyakannya meminta supaya Allah memberkati perbuatan-perbuatan kami yang lalu dan mengampunkan segala dosa kami. Apabila mengenangkan dosa-dosa aku, memang menggunung tinggi. Aku sebagai manusia memang tidak akan lari dari membuat dosa. Jadi, aku harap untuk tahun yang baru ini aku dapat membaiki kelemahan-kelemahan ini. Aminn.


Setelah berkumandangnya azan Maghrib di RTM 1 dan mengaminkan doa pembuka tahun bagi tahun 1430 Hijrah yang dibaca oleh Imam Masjid Negara, papa pula membaca doa versinya. Habis sahaja papa melafazkan ayat yang terakhir, papa aku menangis tersedu-sedu. Sayu hati anakmu ini melihatmu sedih, pa. Aku yang sedang berteleku di sejadah terasa ingin menitikkan air mata tetapi tetapku gagahkan diri untuk meminta ampun darinya sambil mengucup tangannya yang suda dimamah usia. Dia yang masih tersedu mengusap kepala aku dengan kasih sayang. Ah! Sungguh seronok apabila aku diperlakukan begitu. Tidak kau tahu betapa jiwa ini menyayangi dirimu. Kemudian aku mengucup tangan mama. Terima kasih mama untuk segalanya. Keputusan Penilaian Menengah Rendah pun sudah mahu keluar. Aku harap aku tidak menghampakan harapan kamu berdua.




I start this new year with kalimah Lailahailllah.

Comments

Popular posts from this blog

First Date

Gila Meroyan

CAMPING