What Day?

Tak tahu nak describe hari ni. Patutnya aku, papa and angah dah berada di KL for now. But the people from KL cancel the meeting with angah pagi tadi masa kami semua dah ada dalam kereta nak bergerak ke KL. Like crab betul lah.

So then kami gerak hanya untuk breakfast sahaja. Then I got this brilliant idea untuk ajak Ziqa lepak di Plaza Pelangi/Kerrys [AGAIN!] 'cos that's the only place dia gerenti boleh ikut since rumah sekangkang kera saja.

Angah drop aku depan rumah Ziqa. Tekan dingdong tapi tunggu punya tunggu tak buka jugak pintu. Bila aku pusing belakang, tiba² ada anjing tenung aku. Pehh, berderau darah aku. Start lah aku terjerit-jerit panggil Ziqa. Bila gate automatic dia terbuka dengan slow, aku cepat² masuk dan diikuti oleh anjing durjana tu. Aku apa lagi, ketuk² pintu rumah plus cakap "ziqa!!ziqa!!bukak pintu cepat uwaaa!!bukak!!!!!!" Kemudian anjing tu pergi meninggalkan aku. Barulah Ziqa buka pintu dengan gelakan yang dihamburkan ke mukaku. Memang rasa nak tempeleng muka budak ni pun ada tapi sabar je lah sebab aku yang ajak dia keluar. Haha.

Bila sampai Kerrys tu, badan toksah cakaplah kan, memang dah kuyup sebab peluh. Cari port untuk relax sementara tunggu Alya [dalam kelas english untuk mantopkan lagi english dye.yeah i noe.sangat rajen~.~] recess pukul 12.40. Tengok jam, baru pukul 10 plus. So decide untuk lepak di Vivo dan jadikan lappy Ziqa sebagai mangsa rakusan kami online dengan menggunakan Wifi Sushi King yang berada disebelah. Order hanya satu air dan dua straw untuk disuakan ke dalam dua mulut. LOL.



As usual lepas itu, cam-whoring baby!






Banyak lagi sebenarnya. Haha. Tapi tak larat nak upload. LOL. Bila dah join dengan Alya, the same thing juga hahahihihahaho.






Balik tu, dapat tahu, we indeed will go to KL for two days starting tomorrow. YAHOOOOOOOO! Toodles~


Siapa cakap adik selalu menang?

Tengok tajuk atas tu. Sila tengok betul². Apa aku nak tulis hari ni memang ada kena mengena dengan relationship aku dengan siblings aku. Aku anak last. Aku bongsu. Akulah orang panggil "adik". But in my case, my siblings calls me with a very flattering title which is "Mok". Yeah yeah, aku tahu, korang TAK surprise pun dorang panggil aku macam tu. Yup, aku gemuk! :D Even my own dad always introduced myself to his friends like so, "Haa,ni anak aku yang last.Kecik beso.Paling kecik dan paling beso.HAHAHA" dan aku pun akan gelak sama. Yeah yeah, funny dad.

Back to the tajuk nun di atas sana. Sejak dua tiga hari ni, I'm pretty annoyed with my siblings. Not my sister though since dia now berada di Shah Alam, menghabiskan sisa² pembelajarannya. I'm referring to my brothers. Merekalah yang dok tayang muka depan aku E.V.E.R.Y. day. Aku pun tak tahu kenapa but setiap kali mereka say something smart nowadays, aku mesti kecil hati. Padahal aku dah biasa dengan sarcastic remarks dorang. In fact, aku hidup penuh dengan comment² yang sarcastic from all my family members especially my dad [anak² kepada adik-beradik bapak aku mesti paham ape aku maksud kan, kan? *wink*]. We always laugh it off 'cos to us, those words doesn't mean literally. That's how we show the lurrrrve. PMS (Pre Menstrual Cycle) kot aku ni? Uhh, nahh, I don't think so.

Actually this whole entire post is dedicated to my lovely Angah [gag gag puke vomit :P and also sebab dialah timbul idea untuk tulis benda ni], my second brother, the next after Along, the second son of my parents.. Okay, you get the idea. Angah and me dulu tak pernah clicked well. I couldn't even remember my nice and wonderful time I had with him when I was in my childhood. It is 'cos we never had one. I don't really know why he hate me so much then.

Aku ingat lagi dulu kes aku gaduh dengan dia. Biasalah bertumbuk, sepak, jerit, maki semua kan. So that time aku sort of bagi the last blow and lari masuk toilet and menangis frustrated so that Angah tak boleh nak balas balik [alaa,masa kecik² dulu,kalau gaduh,kau mesti kena jadi orang yang last maki,last tumbuk,last bagi cubitan supaya rasa puas dan rasa MENANG kan?tipulaa kalau tak!]. BUT aku kecundang jugak. Sebab Angah masuk toilet, pastu sepak aku time aku duduk atas jamban and terus keluar. Mama berkejar pergi depan toilet dan bagi Angah lepas dan start bebel kepada aku. I repeat, BEBEL KEPADA AKU! Angah yang serang aku but aku yang kena marah?! Hahaha! SIAPA CAKAP ADIK SELALU MENANG? Rubbishlah. Siapa yang buat ayat tu? Mesti kakak² dan abang² yang kepala senget.

Memang aku tak nafikan, jadi adik or anak last memang ada advantage. Dilebihkan sedikit. Tetapi semua tu up until berumur 7 or 8 tahun! Cara older siblings ungkit bila dah besar ni, macam aku dilayan setaraf royalty oleh parents sampai umur aku now which is a decade passed from the real age I was treated like that. Bummer. ~.~

What aku tak puas hati is bila bab bersihkan rumah, cuci periuk belanga, or 'kerja-kerja peremppuan' mesti Angah akan PAKSA aku buat. First², cakap "mok,g basuk kuali sane" then aku cakap "okay.nanti..." dan aku akan buat benda lain dulu [yelaa.procrastinate.i know but alaa aq akan buat jugak kan]. About a minute later dia akan barge in apa yang aku tengah buat and pekik "aku suruh kau baik² kau tak buat!bila cakap mcm ni kau kata marah!asal nak bertangguh?!pergi buat sekarang sebelum aku shut down pc tu!!" and I'll be like err pernah pulak kau suruh aku buat benda baik². Eee! Panas! Then aku buat jugak on the spot before dia start bebel dengan suara dia yang irritating gila. He thinks that all the work around the house is 'kerja perempuan'. Eloklah sangat akak aku takde dekat rumah. Akulah perempuan suruhan itu. SIAPA CAKAP ADIK SELALU MENANG? :) [u might think that yes,ape angah buat tu bagus.train aku jadi bini orang.sometimes bila aku nak cool down, aku akan fikir those exact stupid words and tanam dalam otak.]

Tapi, bila dah besar² semua ni. Aku dah 18 tahun. Angah dah 18 campur 6 tahun. Kitorang act a bit civilised. Aku dah tak berani nak lawan dia lagi. Aku tahu aku akan kalah. Dan parents aku memang dari kecil suruh aku mengalah. Parents ajar aku untuk respect adik-beradik aku. Again, SIAPA CAKAP ADIK SELALU MENANG? Tapi tak kisahlah, aku belajar semua ni. Aku geram, aku annoyed, aku nak gila, but aku selalu fikir semua yang berlaku mesti ada hikmah or dalam omputehnya means every cloud has a silver lining. Hehe.

Sekarang ni, aku dengan Angah maybe dah on speaking term balik [not that tak bercakap but hati aku yang tengah bengkek nih taknak cakap ngan dye]. Before dia keluar dengan kawan dia tadi, dia usap muka aku [euwww nya bila put that into words ~.~] and cakap buh-byee. And sempat bagi remarks bila aku tengok video whatshername. His remark was "asal kau tengok video dak UTP tu?geli je...xlawa la die.Heliza lagi lawa.hahaha" Oh, aku setuju! Part Heliza tu lah. Part whatshername tak lawa, no comment. Hehe. Bawah ni aku insert video yang aku tengok tadi. Kamu decide lah sendiri wether whatshername ni lawa or not. :)



Haa, so kepada kakak² dan abang² di luar sana yang menggunakan ayat 'adik aku annoying gila!', 'adik aku suka sangat kacau aku!', 'suke je ikut mood kau bila nak main dengan aku!', silalah hargai adik² anda. One thing that you should know, adik-adik TAKKAN PERNAH benci abang² dan kakak²nya even how much we said that we hate you, or we acted like we hate you or bertapa macam taiknya perangai kamu [refer to angah aku hahaha]! We said all that and we did all the things to annoy you is because to show how much we love you. :')


nih laa muke angah nak fikir what to say in other words nak kutuk ape time makan epok² aq buat. annoying kan? haha boo!

p/s : asal post aku ni mesti ada relate dengan jamban, taik dan toilet? its driving me craazyyy!

kata pujangga : we are nothing without family


Today

Bangun around 7.20 pagi. I didn't have to wake up earlier for my subuh since I have my redlight, mind you. Ugh, serious ngantuk kena bangun awal² but untuk sahabat punya pasal, aku gagahkan diri! Oi Alya, baik kan aku baik kan aku? HAHA :D Janji dengan si dia untuk meet up around 8 o'clock but bila aku call dia around 7.40 untuk confirmkan date and untuk meet dekat rumah aku, with groggy voice dia kata "huarghh.okay².." Sah kau baru bangun! Choii!

Baju seluar tudung semua dah pakai. Senang cerita dah memang tinggal keluar rumah sajalah. So apa yang aku boleh buat selain duduk depan TV dan surfing channel as usual untuk MEMBUNUH masa. Sejak pakai Astro, aku macam tak tahu nak tengok apa. Bila bukak channel lagu, papa bebel "asik² hiburan awak nih deq!". Okay pa, I hear you. Masa tengah surf² tu, papa keluar rumah untuk pergi Masjid Abu Bakar untuk sambutan Maulidur Rasul. Then hati aku pun tergerak untuk tengok Malaysia Hari Ini [MHI], TV3.

Ade tunjuk lintas langsung from Putrajaya, perarakan Maulud. Lots of people in colours with sepanduks 1 Malaysia 1 Ummah. Wardina Safiyyah and Fedtri Yahya jadi reporter on scene. Seronok aku tengok orang berarak. Rasa macam kiamat lama lagi sebab orang masih ingat Tuhan dan kekasihNya. Then Wardina ada cakap, "Ramai org² di sini dan di rumah mengaku sebagai umat Nabi tapi betul kah kita MENCINTAI baginda dan bukan sekadar menyebut namanya?! betul kah kita sentiasa MENGINGATI baginda?!". As she said those, I was like thinking... Hard! Aku ni umat Nabi yang jenis macam mana ya?

Tetiba sebelum iklan, pihak TV3 buka selawat / lagu yang memuji Nabi Muhammad s.aw. and I was like, sayunyaaa~ Tak sampai sepuluh saat selawat tu berjalan, air mata aku dah menitik dengan laju. Aku sendiri macam tak tahu kenapa. Aku rasa aku hamba Allah dan umat Nabi yang paling useless. Yang paling tak ingat mereka. Aku terlalu taksub kepada Facebook. Aku terlalu taksub kepada kecantikan. Aku terlalu taksub kepada hal dunia. Aku kalah. Aku lemah.

Aku terlalu rindukan rasa penuh kasih sayang dalam dada aku. Dan bukan dapat daripada manusia. Aku rindukan rasa di'dengar'i. Aku rindu rasakan seperti ada orang yang sentiasa dengan aku. Aku rindu nak mengaji tanpa rasa jemu. Aku rindu nak solat yang boleh membuatkan aku hiba. Bila aku nak rasa macam tu lagi? Aku rindu untuk mengadu kepada Allah. Aku rindu ya Allah! Aku rindu!

Balik dari jalan² cari pasal dengan double A, aku buka media dekat handphone kakak aku [since handphone aku dah karam T.T] dan aku pasang lagu Saujana - Nur Malam dan zikir taubat. Aduh, lagi rasa aku tersangatlah UNperfect.


Dengar azan, solat asar dan capai Al-Quran. Pure heaven. Heaven on earth! Thanks Allah for everything! Thanks for these...

p/s : aku memang tak boleh tulis short entry! ~.~

Hati gumbira ! Hati pilu ! Oh Mixx !

It’s me again bloggy dear. :’) I don’t know how to write this. But I have to. ‘coz I know I will laugh out loud AGAIN when I go through reading this when I’m in my golden years. Erk. Mukadimah saja dah panjang. Okay, back to the point.

Today, this lovely Saturday, all my besties [Ziqa,Bal,Najwa] and me planned to hang out together. Girls day out! So we meet up at City Square. On 9.45 a.m., Bal and me were already on the bus and at exactly 10 o’clock sharp, kami dah ada kat dalam CS. Wait a while then Ziqa pula sampai. Sementara tunggu Najwa which was having her breakfast, [yeah. sebab itu dia lambat.oink!] kami pergi naik atas untuk check movie apa yang best boleh ditonton. I suggested Khurafat [ugh.sampai skang xdpt tngok.double oink!] but since Najwa si kecil molek dah tengok, aku pun suggested tengok cerita Yogi Bear. But on second thought, lebih baik kita tengok cerita Chick Lit or Romantic Comedy sebab semua dah berumur 18 tahun, not literally for the three of them ‘coz I am the only 18 y/o at this stage. While waiting for cik kak, kami camera whoring dekat smoking area which was full with school’s student wearing school’s uniform smoking their heads off. Ziqa ada jugak mentioned that Ily’s mummy ada cakap that result keluar maybe 21/2 which I will have my JPJ’s test on that day. I was #$^&&&@&*#%@&#&!@^#*(&@!#(*&&*(^ !! Gila awal! Argh! Takutnya! Ohoh. Malaslah nak fikir. Next!

The movie that we chose to see was No Strings Attached yang dibintangi Oleh Ashton Kutcher and Natalie Portman. Pehh, hot guy and hot babe! Sangat sesuai mereka berdua. The movie is soo funnyyy I tell you and damn romantic! I wish somebody would do what Ashton did on Valentine’s Day! Dreamy man! :’D They both hooked up with each other hanya untuk puaskan nafsu satu sama lain. But the guy terjatuh cinta with the girl which was soo not cool sebab the girl dah warning that she don’t want to be in a relationship [haa.part nih aq xbape nak paham!ashton kutcher handsome la woi.sanggup jadi kan him as sex toy je ke?haha]. But end of story, mesti lah happy ending kan? The guy and the girl jadi a couple. Ending movie tu pakai satu lagu yang tersangat lah sedap. Penyanyi nya ialah Plain White T’s. Ehem, movie ni hanya boleh ditonton oleh budak² 18 tahun atau budak lepas sekolah okay. Banyak scene yang obscene. Haha! [tp aq ade nampak budak tijb form 5 tengok movie ni with his GF.woohoo msti panas dduk sbelah sbelah :P]




After the movie, aku sakit perut yang amat sangat sebab dari pagi memang aku tak makan apa², lepas tu bila tengok movie terus sumbat popcorn and air gas. Masuk angin punya pasal, so pergi lah toilet [for the second time.sebelum movie da melawat da jamban]. Then Ziqa ajak makan Secret Recipe di Plaza Pelangi/Kerrys. Naik bas ting-tong [or bas tambang] and about ten minutes dah sampai dalam perut Kerrys. Then, perut aku teramatlah sakit balik so we split up. Najwa and Bal will go for Zuhur prayer while Ziqa and me will hit the toilet again!

I finished my business and while I was sarung-ing my seluar, jeng³! Guess what?! My beloved hand phone slips out of my seluar’s kocek and plop down the lubang jamban. I shouted “ohhh noooooo, Ziqa!!!” which sounded like Hanis Zalikha’s ‘oh nooooooooooooo!’ in her Youtube video, part yang her strap thingy was making its appearance to the world. My heart sank. I quickly open the toilet door and shout for Ziqa’s help to ask the cleaner untuk ambilkan hand phone aku dalam lubang jamban tu. Long story short, the cleaner could not do such thing. One of the cleaner though was kind enough to ask me to go to the Info Centre for some wisdom. And surprise², the lady there also said that the hand phone is gone for good.



So then I make my way to the center of the mall and was like “aaa.ugh.blablabla”, I noticed Ziqa were searching my face for some hint of my emotions inside [dye punya muka mmg tahan gelak ah!]. Although I was pretty frustrated, I could not help myself as I was laughing hard. I went “hohohohahahahihihihihahahahahahahahahahohohaha*choked*hahaha!” I could not control myself. Then my laughter was joined by Ziqa’s because I’m sure it was pretty damn funny to see your bestfriend’s phone masuk lubang jamban. Lubang jamban, kalau dengar perkataan tu saja dah boleh buat kau gelak golek², apa lagi kalau something masuk dalam tu.

Then kami pergi tingkat 3 untuk joined semula dengan Bal and Najwa. We laughed kuat² all the way. But before that, aku call mama untuk bagi tahu. Yup, aku TAK call papa ‘coz I know he will nag and nag and nag and won’t let me live with it. And also ‘coz mama is not in town until tomorrow and I am sure she won’t get mad over the top over this ‘coz she won’t be seeing me for a while. :P

..phone call started..

Nadee : Ma, adeq nak bagi tau something tp jgn marah or ape² tau.

Mama : Haa, yela².

Nadee : Promise eh?

Mama : Okay². What is it?

Nadee : Handphone adeq jatuh dalam jamban..... Sorry.

Mama : Tahniah lah kau... Jamban mana?

Nadee : Alaa kata taknak marah.. Kat Kerrys nih.

Mama : Gambar entah apa² dalam tu sume mcm mane? Awak ngan sape tu?

Nadee : Ngan NajwaBalZiqa. Alaa ma, memang fortunate, adeq da clean up semua dalam tu, da transfer dalam pc and cincin adeq pun mmg tergerak untuk tak gantung kat phone and dah pakai kat tangan da nih.

Mama : Ohh, memang da ready nak buang laahhhh?

Nadee : Hehe, boleh belikan handphone baru? *suara maniss* HAHAHAHAHAHAHA! [xtahan gelak sebab ziqa da tertunduk² gelak denga soalan aku]

Mama : Banyaklah awak. Tunggu result awak keluar dulu...

Nadee : Hahaha! Alamak. Yela²... Bye. Assalamualaikum. HAHAHA!

Mama : *gelak halus*

..phone call ended..


Ziqa : Terus je kau ni tanya nak handphone baru! Hahaha!

Nadee : I have to take a chance laa budak. Welkk. :P Hehe!

Bila jumpa dengan Bal, Najwa ada dalam toilet so I take a chance untuk tanya makcik cleaner dekat situ pulak what to do to if benda masuk dalam jamban.

Ziqa : MC,kawan saya punya barang jatuh dalam toilet, ape kena buat ye?

Makcik Cleaner (MC) : Jumpa supervisor makcik.. Dia tau nak buat apa. *loghat kelate*

Nadee : Oh, supervisor cleaner²? *muka blur habis*

[ziqa da tertahan² gelak]

MC : *nampak offended* Haa yela. Pakai baju putih. Dia yang jage kami sume.

Then ada seorang Pakcik Singapore-ian (PS) ini masuk campur sebab maybe tengok muka aku kasihan maybe. And the way MC cakap macam buat kami lagi blur. Serious, aku tak berapa nak faham what she is trying to say. Kepada sesiapa orang Kelate, please please ajar aku! Haha! Sangat clueless here.

PS : Itu ke supervisornya?

MC : Haa yelaa!

PS : Encik, sini kejap. Budak ni enfon dia masuk dalam toilet. Ada cara pape tak nak sedot dari lobang tu?

Supervisor : Oh. Hari itu baru ada mesyuarat, kalau perempuan punya toilet, kami tak dibenarkan untuk masuk dan vacuum lubang dia. Yang lelaki boleh... *loghat endon*

PS : Ish nonsense ape pulak? Takkan tak boleh. Suruh lah sume wanita dalam tu keluar dan orang² encik masuklah dan vacuum.

Nadee : Saya boleh tolong halaukan dan jaga pintu..

Supervisor : *talking rubbish*

PS : Ape yang tak boleh nye ni? Memang la da rosak handphone tu tapi yang penting, nak simcard dan memory card handphone je.

Supervisor : Memang kami tak boleh buat pape. Blablabla~

So aku, kawan² aku and PS with wife dia [Makcik Singapore-ian (MS)] beredar dari toilet dengan muke nak carik pasal punyalah. Hehe. Best oh ada grown up back up. Satisfied.

PS : Ape ke patot dorang cakap macam tu. Nampak sangat malas nak buat kerja. Panas betol tengok tadi.

Nadee : Huhu. Tau takpe pakcik..

MS : Kalau pakcik ni yg kena, habislaa dorang tadi.. Hehe..

Nadee & Ziqa & Najwa & Bal : Hehehehehehe... [itu je yg kita mampu wehh]

PS : Kalau dekat Singapore, takde nye mcm ni. Cakap je, dia terus buat taw.

Nadee : Yeah, I’m sure. Hee..

PS : MACAM MANALAH NEGARA MELAYU NAK MAJU NI?! SEMUA BENDA MALAS! Senang je pun nak buat vacuum tu. Sekejap da siap. Kalau bole seluk, korek ja dalam lubang tu..

Nadee : *muke horrified* Erk. Lubang tu dalam laa pakcik..

PS : Hoho okay,*smile faced* Haa adeq² pergi laa carik management ofis k?

Nadee : Thanks pakcik. ;)

............................................................................................................

Pastu kita semua pergi makan dekat Secret Recipe after semua yang terjadi. Eh, minus PS and MS lah kan. :D Dekat SR, jumpa pulak Juih. Dia yang serve kami. Hehe. Nampak matang budak tu! Pastu kita ambil² gambar. Juih pulak kutuk². Dia siap cakap “Nampak sangat tak pernah makan sini.hehe”. Or something like that lah. Aku pun tak dengar sangat. Makan dan borak kotor [ehem.rahsia kita berempat sahaja! :P or maybe it wont be that rahsia afta this.siap korang!hahahaha aq masuk kan video tuh haaaa! :D] Then dah pukul 4 petang. Semua dah kena balik. Ziqa jalan kaki balik rumah. Tak aci lah rumah walking distance. Grr. :P Najwa balik naik bas walupun rumah agak dekat. Aku and Bal naik teksi. Not that because kami loaded. It’s ‘coz tak tahu nak ambil bas apa.


taken oleh Juih ! :D

Before balik, singgah dekat Infe Centre again untuk rasa puas yang we did all we can. Ada a guy pulak jaga. So tanya punya tanya, he said the same damn jawapan yang diberi oleh kakak yang jaga before him. Bal and Najwa dah bebel² bila dengar that guy cakap macam tu. Then bila dah jauh sikit, dia panggil kita balik dan suruh aku isi satu form hilang barang so that kalau dia dapat balik hand phone tu, dia boleh contact aku. Najwa suruh letak number dia jugak so kalau nanti dia call, boleh dia tolong fetchkan. Thanks babe! :’)


borang keramat :') Insyallah dapat balik

Naik teksi uncle cina untuk balik. Masa dah gerak, dia boleh pulak ambil distance yang jauh. Padahal ada jalan lagi dekat. And he kept looking at the taxi meter! He also drove veryyyyyyyyy slowwwwwwwwwwww! Macam hape je! Aku dengan Bal dekat belakang dah rasa nak maki hamun. Nak cakap tapi serba salah since the uncle looks old yang macam bodoh² and takut kena tinggal tepi jalan. So all the way tu, the uncle laju sikit, took a peek at the meter, laju sikit, slows down... All the way macam itu! Syaitonnn! Telan duit betul. Arrived safely at home. Hujan starts turun. What a way to end a day.


JANGAN NAIK TEKSI NI !!

Tengah menaip ni, agak sedih, rasa kehilangan. I miss my handphone!


It was my first and a birthday gift from mama. I’m sorry ma. Dah tak boleh nak texting and calling lagi. Dah tak boleh dengar lagu Jar Of Hearts by Christina Perri bila rasa nak melalak. Tak boleh bangun pagi dengan lagu I’ll Be In The Sky by B.o.B. Dah tak boleh bangun dengan alarm yang selalu kejut aku. *sigh*




P/S : Jangan bawak masuk handphone dalam toilet. Don’t learn it the HARD WAY like I did!

PP/S : I enjoyed this day sooo much guys! [apart from losing my phone] Thanks for the laughters! Thanks for making me feel better! Thanks for helping me out with those people! Just thanks all I can say! ;) Love you all damn much! <3