Today

9:31 PM


Bangun around 7.20 pagi. I didn't have to wake up earlier for my subuh since I have my redlight, mind you. Ugh, serious ngantuk kena bangun awal² but untuk sahabat punya pasal, aku gagahkan diri! Oi Alya, baik kan aku baik kan aku? HAHA :D Janji dengan si dia untuk meet up around 8 o'clock but bila aku call dia around 7.40 untuk confirmkan date and untuk meet dekat rumah aku, with groggy voice dia kata "huarghh.okay².." Sah kau baru bangun! Choii!

Baju seluar tudung semua dah pakai. Senang cerita dah memang tinggal keluar rumah sajalah. So apa yang aku boleh buat selain duduk depan TV dan surfing channel as usual untuk MEMBUNUH masa. Sejak pakai Astro, aku macam tak tahu nak tengok apa. Bila bukak channel lagu, papa bebel "asik² hiburan awak nih deq!". Okay pa, I hear you. Masa tengah surf² tu, papa keluar rumah untuk pergi Masjid Abu Bakar untuk sambutan Maulidur Rasul. Then hati aku pun tergerak untuk tengok Malaysia Hari Ini [MHI], TV3.

Ade tunjuk lintas langsung from Putrajaya, perarakan Maulud. Lots of people in colours with sepanduks 1 Malaysia 1 Ummah. Wardina Safiyyah and Fedtri Yahya jadi reporter on scene. Seronok aku tengok orang berarak. Rasa macam kiamat lama lagi sebab orang masih ingat Tuhan dan kekasihNya. Then Wardina ada cakap, "Ramai org² di sini dan di rumah mengaku sebagai umat Nabi tapi betul kah kita MENCINTAI baginda dan bukan sekadar menyebut namanya?! betul kah kita sentiasa MENGINGATI baginda?!". As she said those, I was like thinking... Hard! Aku ni umat Nabi yang jenis macam mana ya?

Tetiba sebelum iklan, pihak TV3 buka selawat / lagu yang memuji Nabi Muhammad s.aw. and I was like, sayunyaaa~ Tak sampai sepuluh saat selawat tu berjalan, air mata aku dah menitik dengan laju. Aku sendiri macam tak tahu kenapa. Aku rasa aku hamba Allah dan umat Nabi yang paling useless. Yang paling tak ingat mereka. Aku terlalu taksub kepada Facebook. Aku terlalu taksub kepada kecantikan. Aku terlalu taksub kepada hal dunia. Aku kalah. Aku lemah.

Aku terlalu rindukan rasa penuh kasih sayang dalam dada aku. Dan bukan dapat daripada manusia. Aku rindukan rasa di'dengar'i. Aku rindu rasakan seperti ada orang yang sentiasa dengan aku. Aku rindu nak mengaji tanpa rasa jemu. Aku rindu nak solat yang boleh membuatkan aku hiba. Bila aku nak rasa macam tu lagi? Aku rindu untuk mengadu kepada Allah. Aku rindu ya Allah! Aku rindu!

Balik dari jalan² cari pasal dengan double A, aku buka media dekat handphone kakak aku [since handphone aku dah karam T.T] dan aku pasang lagu Saujana - Nur Malam dan zikir taubat. Aduh, lagi rasa aku tersangatlah UNperfect.


Dengar azan, solat asar dan capai Al-Quran. Pure heaven. Heaven on earth! Thanks Allah for everything! Thanks for these...

p/s : aku memang tak boleh tulis short entry! ~.~

You Might Also Like

0 comments

Leave the message after the beep.