Enam Belas Haribulan


      Ada apa dengan enam belas haribulan? Tiada apa yang signifikan pun. Cuma tiap enam belas haribulan aku mesti tertunggu untuk sesuatu benda yang magikal terjadi. Tak salah untuk berangan bukan?

      Hari lahir aku jatuh pada tarikh ini tapi bulan lain. Jadi mungkin itu salah satu sebabnya, Tapi kali ini, pada bulan ini, Mei dan pada tahun ini, 2013. Enam belas haribulan jatuh pada hari khamis dan semua tahu kita menyambut Hari Guru pada hari tersebut.

      Pada tarikh ini, tahun lepas aku bergelar seorang guru dan menyambutnya bersama anak-anak muridku. Hari yang tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Hmm, bila aku nak mencoret kisah Hari Guru pada tahun lepas ini pun aku tak tahu. Ah, suka sangat aku ber-prokrastinasi. Masalah betul. Takpe, mungkin masa rajin aku datang pada cuti sem kali ini, aku tekad aku akan membuat satu coretan khas.

      Jadi selepas aku bergelar seorang guru, enam belas haribulan Mei membuatkan aku gembira. Aku tertunggu tarikh ini. Rasa macam hari tersebut ialah hari aku. Membuatkan segala memori semasa aku menjadi guru bermain dalam kepala seolah-olah ianya dalam mod replay. 

      Untuk dijadikan cerita, pada tahun ini, aku pergi ke kelas seperti biasa. Ada juga mengharapkan panggilan telefon dari anak-anak murid walau tahu mereka pun agak sibuk and all. Dan pada pukul 3 petang lebih, semasa aku mendengar Prof. aku buat lawak dalam kelas, telefon bimbit aku berbunyi menandakan aku mempunyai khidmat pesanan ringkas. Tangkas aku buka...

Salam nady...happy teachers day.thank you.may Allah bless all the goodness the u've done n place u n all the good teachers among the mukminin..muttaqin and mukhlisin..amin..xoxo

      Just as aku baca habis, air mata bertakung. Hampir menitik tapi terpaksa di kesat sebab nanti lain pula ceritanya. Sorry to disappoint but no, the text message was not from a student of mine but it was from a great friend of mine. A very thoughtful friend. And tonight we're gonna have a looong talk. I miss the lad so much. And Sharifah Najwa binti Syed Mustaffa, thank you. I love you. I dedicate this post just for you 'cos you are that awesome! Never change your beautiful self darling. May Allah bless you.