1 Muharram. papa nangis? isk. isk.
1 Muharram . Detik permulaan bagi aku untuk menempuh satu lagi tahun di bumi Allah ini jika dipanjangkan umur. Pada tahun ini, aku menyambut tahun baru (mengikut tahun islam) di KL. Agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Selalunya aku akan menyambutnya di rumah sahaja.
Beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib, kami (papa,mama dan aku) membaca doa penutup tahun bagi tahun 1429 Hijrah . Doanya kebanyakannya meminta supaya Allah memberkati perbuatan-perbuatan kami yang lalu dan mengampunkan segala dosa kami. Apabila mengenangkan dosa-dosa aku, memang menggunung tinggi. Aku sebagai manusia memang tidak akan lari dari membuat dosa. Jadi, aku harap untuk tahun yang baru ini aku dapat membaiki kelemahan-kelemahan ini. Aminn.
Setelah berkumandangnya azan Maghrib di RTM 1 dan mengaminkan doa pembuka tahun bagi tahun 1430 Hijrah yang dibaca oleh Imam Masjid Negara, papa pula membaca doa versinya. Habis sahaja papa melafazkan ayat yang ...