Posts

Showing posts from May, 2013

Enam Belas Haribulan

      Ada apa dengan enam belas haribulan? Tiada apa yang signifikan pun. Cuma tiap enam belas haribulan aku mesti tertunggu untuk sesuatu benda yang magikal terjadi. Tak salah untuk berangan bukan?       Hari lahir aku jatuh pada tarikh ini tapi bulan lain. Jadi mungkin itu salah satu sebabnya, Tapi kali ini, pada bulan ini, Mei dan pada tahun ini, 2013. Enam belas haribulan jatuh pada hari khamis dan semua tahu kita menyambut Hari Guru pada hari tersebut.       Pada tarikh ini, tahun lepas aku bergelar seorang guru dan menyambutnya bersama anak-anak muridku. Hari yang tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Hmm, bila aku nak mencoret kisah Hari Guru pada tahun lepas ini pun aku tak tahu. Ah, suka sangat aku ber-prokrastinasi. Masalah betul. Takpe, mungkin masa rajin aku datang pada cuti sem kali ini, aku tekad aku akan membuat satu coretan khas.       Jadi selepas aku bergelar seorang guru, enam belas haribulan Mei membuatkan aku gembira. Aku tertunggu tarikh ini.