Tangisan dalam Kegembiraan
Gembiranya aku! Akhirnya, pada umur aku 16 tahun, 8 bulan dan di dalam bulan Ramadhan, aku khatam Al-Quran untuk pertama kali. Alhamdulillah :') Aku tahu mesti ramai yang mencemuh dan cakap "eh.bru nak khatam?ish teruk" tetapi tidak mengapa. Aku tetap khatam. Tiada lagi percakapan "adikkkkk,ble awk nk khatam?along,angah dan akak da lme khatam!g ngaji!!" dari papa dan mama. Pa dan Ma, anak mu sudah khatam. Tanpa paksaan dan atas dorongan diri dan semestinya dari keluarga :D muka menangis aku Huh, buruk gila muka nangis aku. Nangis, kenapa ya? Ini semua salah si bawang. Petang tadi, aku dan papa hiriskan bawang² untuk dibuat sambal goreng [nyumm!slurpp] pada esok hari. Peh, gila pedih mata aku. Meleleh² air mata aku keluar. Masa ambil gambar ini pun sudah kira kurang menangis. Biasalah, anak dara ini pertama kali hiris bawang banyak² =p Oh ini sedih. Terawih sudah berakhir. Tiada lagi terawih selepas ini. Sedih gila! Aku berjaya untuk buat terawih every single nig...