Peringatan Buat Semua
Artikel ini aku ambil daripada blog seorang hamba Allah. Ia menyedarkan aku sedikit sebanyak dan aku mahu berkongsi info yang berguna ini dengan semua. =D
"Orang yang sedang beribadah, disangka riak.
Orang yang sedang beristirehat, disangka malas.
Orang yang memakai pakaian baru, disangka menunjuk.
Orang yang memakai pakaian buruk, disangka zuhud (hina).
Orang yang makan banyak, disangka pelahap.
Orang yang makan sedikit, disangka sedang berdiet.
Orang yang baik, disangka jahat.
Orang yang jahat, disangka baik.
Orang sedang bersenyum, disangka mengejek.
Orang yang sedang bermasam diri, disangka merajuk.
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat.
Orang yang berdiam diri, disangka menyendiri.
Orang yang mempunyai rupa paras yang elok, disangka pakai susuk.
Orang yang kelihatan ceria, disangka membela.
Mana tahu, orang yang berdiam diri itu kerana berzikir kepada Allah S.W.T.?
Mana tahu, orang yang senyum itu kerana bersedekah?
Mana tahu, orang yang bermasam muka itu kerana mengenangkan dosanya?
Mana tahu, orang yang mempunyai rupa paras yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
Manusia hari ini suka bersangka-sangka. Ada sangkaan yang baik dan ada sangkaan yang buruk:

Mana tahu, orang yang ceria itu kerana cerdas cergasnya?"
Maka, fikirkanlah dahulu sebelum kita bersangka atau membuat keputusan. Sikap bersangka itu amat disukai oleh Syaitan laknatullah. Jadi, jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ianya bakal memusnahkan ukhwah yang terjalin sesama kita, seperti musnahnya kayu dimamah api. Satu benda atau perkara yang kita lihat itu, bermacam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Tetapi semuanya bergantung kepada Iman kita dan bagaimana kita melihat serta menerimanya. Seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W. di dalam hadithnya; "Bersangka baiklah kamu atas sesuatu itu dan diantara golongan kamu."
Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahui perihalnya, kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah satu teguran atau nasihat melainkan ianya adalah suatu kecemaran yang memalukan lagi mengaibkan.
Kalau anda seorang pembaca yang prihatin, tolong sebarkan "Sudut Renungan" ini kepada saudara Muslimin dan Muslimat yang lain agar ianya menjadi renungan dan pengajaran kepada kita semua termasuklah diri saya sendiri. Ilmu yang bermanfaat lagi baik itu ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya (menyampaikannya) meskipun orang yang diajar itu sudah meninggal dunia. Semua ilmu yang baik itu, datangnya daripada Allah S.W.T.

Comments
Post a Comment
Leave the message after the beep.