Thoughtless Thursday


      Aku perasan bila tiba je hari rabu, tak sah kalau takde pun seorang blogger yang update with title "Wordless Wednesday" and yet semua aku tengok update blog berjela-jela. Yeah, wordless lah sangat kan awak-awak? Jadi dengan ini aku pun up lah title secomel yang boleh. Eye catching tak? Tak? Okay, bye.

      Aku update ni pun sebab rasa nak cakap banyak. Ada benda yang menarik-narik otak aku untuk bekerja di blog ini kembali seperti dahulu. Dah lama aku tak menaip dari hati. Aku rindu. Sumpah, aku rindu. And since aku ada banyak masa sebab kelas Economy canceled (tanpa pemberitahuan dari any rakan sekelas. yes, tolonglah rasa bersalah. berapa banyak kali dah jadi macam ni.), aku nak menaip. So, assalamualaikum. :)

      Beberapa hari lepas, laju je tangan aku menaip di dalam kotak "What's on your mind?". Habis menaip, aku baca kembali dan aku rasa macam tak appropriate untuk di post di facebook. Bukan apa, cuma apa yang aku nak post tu perlukan explanation yang panjang, bagi aku lah. Kalau di explain sekali di facebook tu, kang ada je yang sembur "hey nadee, buat karangan ke?". Dekat sini, aku bebas. Akulah permaisuri.

aku selalu bermonolog "hmm, baik aku free hair sekarang lepas tu bila dah besar sikit baru pakai tudung balik. barulah ranggi macam tu!"


kemudian aku terfikir balik "erk. k, tapi mati tak kira time. kalau aku tengah free hair lepas tu nyawa kena tarik. amacam, lebih ranggi ke camtu?"


...dan aku berterusan berdoa untuk istiqomah. shuhh syaiton! shuhh!


      Apa yang aku terfikir ketika menaip semua itu adalah KETIDAKADILAN. Ketidakadilan bagi kami yang menutup aurat dari kecil ini. Tidak adil sebab lelaki-lelaki yang juga one of them akan jadi suami dapat melihat keadaan bakal isteri mereka sama ada cantik atau tidak apabila tidak bertudung. Aku rasa aku deserve untuk menayangkan MAHKOTA aku. Aku rasa macam tidak ada siapa yang akan mahukan aku sebab aku takut mereka akan fikir aku punya rambut ni menggerbang, kerinting, kering and segala macam yang buruk-buruk bila aku menutup MAHKOTA aku. Jadi dengan melepaskan MAHKOTA aku, segala sangkaan itu boleh diketepikan.

      Tapi bila difikirkan kembali...seperti di last ayat yang sepatutnya aku post dekat facebook, aku tak patut rasa begitu. Aku tak patut rasa cemburu. Aku tak patut rasa insecure. Aku tak patut layan suara-suara sumbang si syaitan(s) yang sentiasa ada dengan aku untuk goyahkan pegangan aku. Aku sepatutnya rasa bangga di didik dari kecil untuk menutup aurat aku daripada pandangan mereka yang tidak mempunyai pertalian darah dan kepada mereka yang one of them akan jadi suami aku suatu hari nanti. Itu suruhan Allah, pencipta aku, yang Maha Mengetahui; mesti ada sebab utuh kenapa aku diwajibkan untuk menutup aurat daripada pandangan lelaki-lelaki.


      Aku lupa yang MAHKOTA wanita bukannya rambut yang indah menjadi tayangan umum...bukan. Semua tu adalah kata-kata orang jahil. MAHKOTA wanita adalah MALU. Malu adalah juga pakaian sebagai pelindung dari melakukan maksiat. Malu untuk bergaul dengan lelaki-lelaki, malu untuk menayangkan aurat di depan lelaki-lelaki. Kerana malulah wujudnya seorang wanita yang di idam kan oleh lelaki-lelaki kerana sifat ingin tahu lelaki-lelaki tersebut. Mereka ingin tahu apa yang 'ada' dekat wanita tersebut. Jadi dengan itu je, lelaki-lelaki berkejar untuk menjadi yang sah pada wanita yang bermahkotakan MALU dengan menutupi auratnya. Bila dah dapat wanita tersebut, muncul pula perasaan puas. Puas kerana dapat 'memiliki' wanita itu dan explore wanita itu; kecantikan wanita itu yang tidak dapat ditontoni oleh lelaki-lelaki lain. I AM THE ONLY ONE! I AM THE LUCKIEST GUY IN THE WORLD! akan terpacul dari mulut lelaki itu. 

      Kejadian demi kejadian yang aku hadapi yang membuat aku terusan batalkan niat untuk membuang tudung aku; setiap kali masuk sekolah baru atau universiti baru atau dimana sahaja tempat yang membolehkan aku membuka tudung, when I do so, rakan-rakan perempuan kerap melemparkan pujian dan itu menguatkan lagi niat aku untuk kekal menutup aurat. Aku selalu terfikir bahawa apa yang tidak terlihat oleh semua lelaki akan aku jadikan 'hadiah' untuk beliau yang layak. Dan banyak juga post-post tentang ayah dan abang-abang dan adik-adik lelaki yang akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan tidak menutup aurat kita sebagai perempuan ini yang menggerakkan aku. Aku sayang ayah dan abang-abang aku. Aku taknak kerana aku, mereka di campakkan di neraka. Nauzubillah.


dan malu itu adalah 


pakaian perisai lelaki muslimin 


dan MAHKOTA wanita muslimah




Doakan aku terus memperbaiki diri dan istiqomah, kawan-kawan.


p/s: ini semua adalah pandangan aku; dari pengalaman aku hidup selama 19 tahun;  dan dari fikiran aku. kalau ada salah dan silap, maaf.



Comments

Popular posts from this blog

Gila Meroyan

Aku Sedih. Aku Jeles. Aku Hampa. AKU NAK IKUT!