Pada Saat Ini - Repost
Ya, aku menculik artikel dibawah ini dari seseorang. Kalau anda kenal, orang itu adalah penulis blog Teh Tarik Gelas Besar suatu ketika dahulu yang kini lebih enak bersemadi di laman tumblr.com. Dan aku ambil penulisan beliau ini pun dari laman itu. Apa yang menarik minat aku untuk tampal semula penulisan beliau adalah kerana isinya yang bagi aku, patut dibaca oleh semua. Aku tak mahu jadi mereka yang berdebat endlessly tanpa hala tuju. Aku mahu kita semua menjadi seperti Rasulullah SAW di mana baginda sendiri apabila dihina, ajaran yang dibawanya dihina dan sebagainya, masih boleh tersenyum dan mempamerkan keperibadian yang sangat awesome sampai orang tertarik dengan baginda dan ingin tahu kenapa dan bagaimana baginda boleh se-awesome itu. Tidakkah kita ingat teori-teori kedatangan Islam yang kita pelajari suatu ketika dahulu semasa di bangku sekolah dalam pelajaran Pendidikan Islam mahu pun Seja...